Search

TERBANG BERSAMA MDB ( SIRI 63)

Cafe di ...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB ( SIRI 63)

Cafe di Lapangan Terbang

Saya ada masalah besar dengan sistem lapangan terbang. Check in. Saya kena buat daftar masuk 2 jam atau paling lewat satu jam sebelum masa berlepas. Maknanya, saya kena tinggalkan semua mesyuarat & komitmen saya lebih awal bagi sampai di lapangan terbang pada masanya. Namun, kerana takut kesesakan lalu lintas trafik, saya selalu kena datang kebih awal.

"Ini tidak boleh jadi" bisik hati saya. "Ini buang masa."

"Saya juga ada banyak mesyuarat yang belum selesai".

Jadi, apa yang saya buat? Saya bawa semua mesyuarat yang berbaki ke lapangan terbang. Semuanya berlangsung di cafe2 di lapangan terbang. Saya tahu setiap cafe di beberapa lapangan terbang dunia. Saya kerap ke sini kerana ada mesyuarat terakhir sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Cara kerja begini memang efektif. Tidak membuang masa. Oleh kerana saya dah ada boarding pass, saya boleh bersembang2 (baca: bermesyuarat) di cafe di airport sehingga 40 minit sebelum masa berlepas. Saya hanya perlukan 15 minit untuk melepasi imigresyen & sekuriti di kebanyakan airport dunia. Tapi ada yang perlu paling kurang 30 minit. Kena berhati2 takut pintu kapal terbang ditutup10-15 minit sebelum masa berlepas.

Oleh kerana rutin saya banyak di sekitar eko sistem lapangan terbang & pesawat di atas udara, saya kena belajar bagi menggunakan setiap kaki persegi dan minit bagi sesuatu yang PALING berfaedah pada masa & tempatnya.

Saya rasa seronok dapat menyantuni seramai mungkin rakan & clients. Mereka juga teruja dapat berjumpa dengan saya walaupun di lapangan terbang. Memang tidak ada alasan dalam kehidupan untuk tidak pandai gunakan masa & lokasi.

Yang lebih menarik ada juga mesyuarat yang dijanjikan dalam airport cafe bila saya & rakan saya dalam transit. Malah kami merancang perjalanan supaya dapat berselisih dalam airport walaupun seketika bagi sebuah perbincangan yang penting. Tidak kurang juga saya bermesyuarat di cafe apabila mendarat sahaja di sesebuah lapangan terbang selepas pemeriksaan pasport & kastam.

Agility adalah ekuti kejayaan. Fixed mindset pula adalah racun minda.

#terbangbersamamdb

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts